Monday, February 16, 2009

Mari dekati kami di PDK Kg Pinang

PDK Kg Pinang adalah nama singkatan bagi PUSAT PEMULIHAN DALAM KOMUNITI KG PINANG

-motto PDK

menuju satu visi
Dari masyarakat kepada masyarakat untuk masyarakat


PDK Kg Pinang telah ditubuhkan pada tahun 1989 oleh sekumpulan ibubapa yg mempunyai anak kurang upaya dengan kerjasama dari KOMUNITI SETEMPAT dan JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT DAERAH MELAKA TENGAH.

kesungguhan untuk memberi pelajaran dan pemulihan kepada anak anak mereka terbayar apabila pusat PDK ini berjaya diwujudkan dengan menggunakan pendekatan pemulihan dalam komuniti


program pemulihan dalam komuniti ini dijalankan sepenuhnya oleh jawatankuasa PDK KG PINANG yang terdiri dari ibubapa pelajar, pemimpin masyarat dan sukarelawan/wati yang prihatin. PDK KG PINANG yang tidak mementingkan keuntungan tetapi berasaskan kepada kebajikan golongan OKU.


PDK KG PINANG beroperasi di sebuah rumah yang disewa terletak berhadapan dengan Sekolah Antarabangsa bermula dengan 20 orang pelajar jumlah pelajar semasa kini mencapai lebih 29 orang yang menerima berbagai perkhidmatan seperti kelas harian early intervation program, kelas harian latihan pemulihan vokasional dan selebihnya mengikuti kelas terapi mingguan untuk pemulihan anggota pemulihan pertuturan dan pemulihan carakerja


Lebih kurang 20% pengurusan kewangan didapati melalui geran tahunan dari jabatan kebajikan masyarakt dan selebihnya disumbangkan oleh ibu/bapa keluarga pelajar.


Saban tahun perbelanjaan pusat ini meningkat disebabkan oleh pertambahan jumlah pelajar yang menerima perkhidmatan pemulihan anggota pemulihan pertuturan dan pemulihan carakerja secara tidak langsung kekerapan kelas pemulihan ini perlu digandakan


Hasil gabungan idea pentadbiran PDK KG PINANG telah melancarkan satu program iaitu "HULURKAN BANTUAN" tujuannya ialah untuk mengumpul dana bagi meningkat program terapi mingguan kami menfokuskan:-


1)menambah jumlah sesi perkhidmatan pemulihan anggota pemilihan pertuturan dan terapi carakerja dengan ini kami meningkatkan jumlah pelajar yang mendapatkan perkhidmatan ini.


2) meningkatkan jumlah pelajar dan meningkatkan kualiti perkhidmatan yang akan menawarkan kualiti kehidupan yang terbaik untuk mereka


jika tuan/puan ikhlas dan prihatin serta berhasrat untuk menderma secara tunai/barangan sila hubungi Pentadbir PDK KG PINANG di 06-3151605 atau / email seperti yang tertera dibawah iaitu pdk_kgpinang@yahoo.com.my


jika tuan/puan ada pertanyaan sila hubungi kami dan kami menjemput tuan /puan untuk membuat lawatan ke pusat kami untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai pusat ini.


PDK KG PINANG (kelas kanak-kanak & remaja kurang upaya)
NO 8577 Jalan Pokok Asam
Kg Pinang
Batang Tiga
Melaka.
tel 06-3151605 faks 06-3151605
email pdk_kgpinang@yahoo.com.my

Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Kg Pinang

Aktiviti Kelas

Kelas dijalankan 4 hari seminggu iatu pada hari Isnin hingga Khamis bermula jam 8.30 pagi hingga 12.30 tengahari. Selain daripada mendapat latihan asas di kelas, lawatan ke rumah juga dibuat pada hari Jumaat dan semasa cuti.


Aktiviti Pembelajaran Pemulihan dan Kemahiran diberikan di pusat

1) kemahiran Pengurusan Diri
2) Pra bahasa dan komunikasi
3) Pra akademik
4) Pergaulan sosial
5) Moto kasar
6) Moto halus
7) Pengurusan Diri
8) Latihan domestik
9) Latihan vokasional
terkandung dalamnya ialah

Memahami arahan seperti membaca, menulis pra huruf dan mengira
Membuat lukisan dan kraftangan
Menjaga kebersihan diri (mandi, gosok gigi dll)
Komunikasi dan interaksi dengan orang lain (rakan, pekerja, dll)
Senaman dan muzik (Radio Kaset dan Muzik Video)
Permainan (baling bola,skipping dll )
Rekreasi

4 orang tenaga Petugas telah diberikan tanggungjawab untuk mengendalikan kelas PDK iaitu :

Cik Nurnadiah bt Othman bagi pelatih berusia 17 tahun ke atas
Pn Norhidayah bt Wahit bagi pelatih berusia 7 hingga 12 tahun
Pn Wan Nor Azlinda bt Awang @ Wan Ghazali bagi pelatih berusia 1 tahun hingga 7 tahun



Ahli Jawatankuasa PDK ialah :


Pengerusi : Tn. Hj. Abd Aziz bin Majid

Setiausaha : En Razin bin Mohammad

Bendahari : En Abd Talib bin Murad

Ahli Jawatankuasa peringkat komuniti

En Hafiz bin Hussein

En Mohd Nor bin Ismail

En Mokhtarudin bin Abu

Ahli Jawatankuasa peringkat ibu bapa

Pn Salmah bt Leman

Pn Salmah bt Zaid

Pn Maina Chin bt Abdus Shukur

Pn Noriah bt Rahmat

Pn Sariah bt Md Zain