Friday, November 07, 2008

menyusur galur PDK dan objektif

PENGENALAN

Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Kg Pinang adalah sebuah tempat pemulihan khas bagi Orang Kurang Upaya yang diletakkan di bawah program anjuran Jabatan Kebajikan Masyarakat dan pengurusan PDK dibawah komuniti setempat. Geran pengurusan pula diberikan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat peringkat negeri masing-masing.


PEMULIHAN DALAM KOMUNITI (PDK)

Program ini menekankan penglibatan aktif ibu bapa, keluarga dan komuniti tempatan terhadap usaha pemulihan orang kurang upaya. Telah dimulakan di Batu Buruk, Terengganu pada tahun 1983.
Merupakan satu alternatif kepada pemulihan dalam institusi. Aktiviti yang dijalankan termasuklah aktiviti harian, kemahiran motor kasar dan halus, pra-sekolah dan kemahiran sosial. Semenjak 1983 hingga Dis 2004 terdapat 293 pusat PDK di seluruh negara.

Objektif PDK


Mendekatkan perkhidmatan pemulihan dan intervensi awal untuk orang kurang upaya di peringkat komuniti tempatan.

Memastikan penyertaan penuh dan integrasi sosial orang kurang upaya dalam keluarga dan komuniti tempatan.

Menyediakan peluang jangka panjang di Institusi Pemulihan yang menyebabkan orang kurang upaya disisihkan dari keluarga dan komuniti.

Menyediakan peluang untuk orang kurang upaya membangunkan kebolehan dan kemahiran mengikut potensi yang ada dalam diri mereka.

Membantu dalam mewujudkan masyarakat penyayang yang peka kepada keperluan orang kurang upaya.


NEGERI BIL. PDK BIL. KANAK-KANAK BIL. GURU
Perlis 3 89 12
Kedah 20 901 109
Pulau Pinang 15 219 47
Perak 30 873 126
WP Kuala Lumpur 3 63 12
Negeri Sembilan 28 956 135
Melaka 15 361 53
Johor 42 1,094 172
Pahang 27 601 108
Terengganu 29 601 98
Kelantan 23 522 94
Sabah 16 622 83
Sarawak 11 623 93
WB Labuan 1 24 5
Selangor 30 994 156
JUMLAH 293 8,543 1,303