Wednesday, September 23, 2009

SENARAI PETUGAS PDK KG PINANG



PENYELIA PDK

CIK SAPIAH BT MAHMOOD
PETUGAS:








WAN NOORAZLINDA BT AWANG @ WAN GHAZALI


NAPSIAH BT ABDUL RAHMAN




NURNADIAH BT OTHMAN

NURHIDAYAH BT WAHIT

AHLI JAWATANKUASA PDK KG PINANG SESI 2008 - 2010

1. PENGERUSI PDK KG PINANG
TN HAJI AZIZ BIN MAJID

2. SETIAUSAHA:


EN RAZIM BIN BABA

3. BENDAHARI ENCIK A.TALIB BIN MURAD

4. AJK KOMUNITIEN MOHD HAFIZ BIN HUSIN

5. EN MOHD NOR BIN ISMAIL

6. EN MOKHTARUDIN BIN ABU

7. AJK IBU BAPA

PN SALMAH BT LEMAN

8. PN MAINA CHIN BT ABDUSSUKUR

9. PN NORIYAH BT RAHMAT

10. PN SARIAH BT MD ZAIN

Tuesday, September 22, 2009

PROFIL PDK


PDK Kg Pinang ialah sebuah pusat pemulihan di bawah seliaan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Peruntukan kewangan disediakan oleh JKM dan diuruskan oleh Komuniti Kg Pinang.

PDK Kg Pinang ini ditubuhkan pada tahun 1989 atas kerjasama komuniti Tg Kling untuk membuat pemulihan ke atas kanak-kanak OKU. Pada masa yang menjadi tenaga pengajarnya ialah pegawai daripada JKM Melaka dan dibantu oleh ibu bapa pelatih.


Pada masa itu bilangan pelatih hanyalah seramai 10 orang sahaja. Kini bilangan pelatih ialah seramai 30 orang dengan 25 orang di pusat dan 5 orang di rumah.

MUTIARA KATA DARIPADA PENGERUSI PDK KG PINANG



Penghargaan buat PDK Kg Pinang yang telah Berjaya mewujudkan laman web PDK Kg Pinang sebagai salah satu usaha pendedahan kepada masyarakat umum dengan menggunakan medium teknologi maklumat.
Semoga PDK Kg Pinang berkembang maju ke hadapan

Sunday, September 20, 2009

HADIAH UNTUK JKM

BAIKLAH MULAI 1 SYAWAL INI SEMUA PDK DI DAERAH MELAKA PERLU MENGHADIAHKAN KPD PEGAWAI JKM EN ISMAIL 1 LAMAN WEB 1 PDK....


SEKARANG INI PUN SAYA SEDANG MEMIKIRKAN HADIAH YANG PALING BESAR UNTUK PEGAWAI JKM DAN PENGERUSI PDK IAITU EN AZIZ BIN MAJID, BENDAHARI PDK IAITU EN TALIB SEHINGGAKAN HADIAH ITU TERLALU BESAR ......

TUNGGULAH YE.........

SEMOGA DALAM BULAN SYAWAL INI ... ALLAH MEMBERI SAYA PETUNJUK UNTUK MENYEDIAKAN HADIAH TERSEBUT .....

INSYA ALLAH ......

Friday, September 18, 2009

terima kasih JKM

Terima kasih JKM kerana mengambil berat akan PDK Kg Pinang membantu PDK memberi keceriaan sebenarnya dan membantu mewujudkan ruang diperlukan dalam PDK. mewujudkan jati diri PDK Kg Pinang. Walaupun usaha untuk mewujudkan ruang ini telah dikemukakan oleh Penyelia tetapi ditentang dengan hebat oleh Petugas dengan alasan mereka yang tersendiri.

Namun setelah kedatangan semua Penyelia dan pegawai JKM barulah petugas di PDK Kg Pinang bersetuju untuk mewujudkan ruangan tersebut malahan barangan yang disimpan di dalam almari simpanan barangan juga telah tersusun.

Malahan paling teruk apabila partition yang dibeli dengan tujuan untuk membuat pemisahan ruangan telah ditentang dengan begitu hebat oleh petugas PDK. Yang lebih teruk apabila dipaksa Penyelia untuk membayar partition yang telah dibeli dengan harga RM 7,300 namun demikian dengan pertolongan pegawai JKM dan juga pihak pembekal barulah pihak pengerusi, Bendahari PDK sanggup mengeluarkan wang untuk membayar harga barangan tersebut.

Kini pihak JKM ada meminta pengerusi, bendahari serta AJK supaya membeli meja, kerusi pelatih yang sesuai, kerusi meja petugas serta barangan taman permainan dengan peruntukan yang telah diberi oleh kerjaan sebanyak RM 50,000 . Namun alasan diberi ruangan tidak cukup dan akan dipinjam/diminta kerusi meja second hand daripada sekolah agama untuk menguji ruangan pembelajaran akademik di PDK.

Pembeliaan bola dan sebagainya untuk kegunaan anak-anak OKU ada juga dikemukakan oleh Penyelia namun Penyelia terpaksa pula meminta persetujuan daripada Petugas dan berbincang dengan mereka untuk pembeliaan alatan tersebut...... sepatutnya sebagai Petugas di PDK dan bertugas memulihkan OKU mereka yang telah diberi kursus asas sudah pasti mengetahui kegunaan peralatan yang dipohon oleh Penyelia....tetapi biasalah kan ..... rambut sama hitam .... hati lain-lain.... mereka menentang dengan tujuan dan kepentingan mereka sendiri....... Hanya Alllah sahaja yang mengethui apa tersirat di dalam hati mereka.....

untuk apakah mereka bekerja di PDK...hanya Alllah sahaja yang tahu ...................

TERIMA KASIH JUGA KEPADA JKM khasnya encik Ismail kerana telah sanggup mengeluarkan wang dari kocek sendiri untuk membeli cat, membuat carta organisasi pelatih dsb...

Dahulu Penyelia hanya membuat carta organisasi daripada kertas hitam keras kerana setiap kali untuk meminta wang , penyelia telah dipersoalkan.......malahan apabila diimbas kembali pernah terletus kata daripad mulut ..... mengatakan u asyik sesuka hati buat aktivti hah kalau terpakai wang u sanggip tak bayar semula kepada PDK..... akibat daripada kata perit ini memberi kesan berkurangnya aktiviti anjuran PDK untuk PDK

dan akhirnya wujudlah carta organisasi daripada kertas hitam keras sesuai dengan sifat mereka hitam dan sukar untuk mengeluarkan wang demi kegunaan PDK itu sendiri.....

Monday, August 31, 2009

pdk kg pinang sekarang


gambar pdk kg pinang yang terbaru ...


tuan-tuan puan yang sudi silalah bantu kami untuk memberi nafas baru lanskap PDK Kg Pinang
Kami amat-amat memerlukan Bantuan tuan-tuan puan budiman dari segi kewangan, peralatan dan sebagainya untuk membantu kami memajukan OKU dan memajukan PDK Kg Pinang

Monday, August 24, 2009

perbincangan bersama petugas untuk pembentangan PDK

satu perbincangan bersama petugas PDK Kg Pinang telah diadakan untuk tujuan pembentangan di JKM pada 14 September 2009.

Antara perkara perlu dibentangkan ialah:
a. kekuatan dan kelebihan .....................AJK
....................Penyelia
.....................petugas
.................... pelatih
.................... ibu bapa
.................... komuniti
...................... NGO
.................... badan swasta

b. kekuatan dan kelebihan bangunan PDK

c. kekatan kelebihan PDK (kejayaan yang boleh dibanggakan)

d. kelemahan

e. Strategi dan pelan tindakan

f. Cadangan / tindakan


hasil daripada perbincangan , petugas telah menyenaraikan perkara di bawah ini iaitu:

a. Nadiah Othman
1. AJK banyak membantu mencari dana untuk tabung PDK
2. AJK saling membantu dan terlibat penuh dalam program PDK
3. Bendahari banyak membantu dalam pengurusan PDK
4. Pengerusi seorang pegawai MBMB yang banyak membantu

Wan Noorazlinda bt Awang Ghazali
1. AJK,Pengerusi, Bendahari bekerjasama mencari dana
2. mudah berbincang dalam sesuatu masalah
3. saling tolong menolong dalam sesuatu aktiviti
4. menderma bagi barang dapur untuk pelatih

Napsiah Abdul Rahman

1. bersama-sama petugas bekerjasama dalam pelbagai perkara berkaitan PDK contohnya mencari dana


kekuatan dan kekurangan
1. mempunyai kawasan yang luas
2. tempat strategik dan terletak di tengah kelompok komuniti
3. mempunyai ruang yang mencukupi

1. PDK Kg pinang amat luas tetapi kekurangan bilik atau ruang yang diperlukan
2. pelatih PDK amat aktif dalam kesukanan
3. Ibu bapa mudah memberi kerjasama
4. 5 orang pelatih telah bekerja
5. mengadakan Majlis Hari jadi OKU setiap tahun

1. memasuki sekolah khas dan memajukan diri dan masa depan
2. kejayaan semasa suakn Olimpik

kejayaan PDK
1. menempatkan 5 orang pelatih bekerja
2. memenangi 8 pingat emas dalam sukan Olimpik
3. pernah mempunyai seniman yang boleh membaca sajah
4. membentuk seorang pelatih sebagai usahawan
5. menempatkan beberapa pelatih ke Pendidikan Khas


kelemahan
1. kurang sambutan dan kerjasama dalam program JKM
2. PDK tidak boleh diubah kerana tiada kebenaran daripada tuan rumah
3. tiada kerjasama daripada tuan rumah untuk membuat bumi hijau

1. kawasan tidak memuaskan penuh dengan pokok-pokok
2. Bangunan tidak menceriakan


pelan tindakan / strategik
1. memperbanyak carian pekerjaan untuk pelatih PDK
2. memohon kerjasama daripada ibu bapa

1. mengadakan mesyuarat untuk berbincang tentang hak-hal PDK
2. mengadakan beberapa aktiviti seperti bergotong royong atau majlis tertentu

1. memberi peluang kepada pelatih PDK untuk memperbaiki diri mereka
2. bergaul dengan kawan-kawan supaya dapat membuka minda mereka


cadangan dan tindakan
1. mendapat nasihat pakar terapi
2. mendapat nasihat daripada JKM

1. membesarkan PDK untuk keselesaan pelatih untuk belajar dan menyesuaiakan diri



ini adalah sebahagiaan daripada hasil perbincangan dan cadangan daripada petugas belum lagi termasuk perahan minda daripada saya



jumpa lagi di keluaran akan datang

Permohonan sumbangan pokok bunga daripada Jabatan Pertanian Sg Udang

Hari ini mulalah telefon jabatan kerajaan misalnya Majlis Perbandaran Melaka dan Jabatan Pertaniaan untuk memohon sumbangan pokok bunga.

Tujuannya untuk hiasan lanskap PDK yang kelihatan muram dan sedih.

Alhamdulillah dapat juga sumbangan daripada Jabatan Pertaniaan Sg Udang untuk pokok hiasan lanskap PDK Kg Pinang.
Walaupun setiausaha kami daripada Jabatan Pertaniaan Alor Gajah tetapi malangnya hingga ke hari ini senyap aje permohonan pokok herba seperti yang dijanjikan walaupun dah diajukan daripada tahun 2008 bulan 8.

alhamdulillah Jabatan Pertanian Pulau Gadong dah berikan pokok herba yang diminta.

terimbas kembali peristiwa tentang persetujuan setiausaha PDK. Wang ya wang memang memainkan peranan sebab dengan wanglah adanya persetujuan daripada setiausaha PDK dan tiada wang senyap aje............jawapannya ye pun bukan tidak pun bukan .....


ah ye PDk ialah kebajikan jadi bezakanlah antara keuntungan dan kebajikan......

Wednesday, August 05, 2009

MAJLIS BERSAMA MENTERI

Majlis bersama menteri akan diadakan seperti ketentuan di bawah ini:

tarikh: 9 Ogos 2009
Hari Ahad
Tempat: Rimba Park , Taman Tasik Utama , Ayer Keroh Melaka
Masa: 8:30 pagi - 5:30 petang

pelatih PDK yang terlibat:
1. Fatin Farhana
2. Nursyuhadah
3. Nur Anis Osman
4. Nurhanani
5. M Aizam yunus
6. M Fitri
7. M Amin
8. Nur Ain Huda
9. Zaiton songsang
10. M Amerol Zamberi

petugas:
1 Wan Norazlinda bt Awang @ Wan Ghazali
2. Napsiah bt Abdul Rahman
3. Penyelia
4. Nurnadiah bt Othman
5. Norhidayah bt Wahit (bersalin)

Diharap mendapat kerjasama daripada kalian dan menunaikan janji setelah kalian berjanji untuk pergi menghadiri majlis bersama menteri ini setelah Penyelia menelefon pada 4 Ogos jam 1030 malam.

sekian terima kasih.

latihan sukan olimpik di pantai puteri







aktiviti pdk kg pinang




seminar PDK net

Monday, August 03, 2009

amanat daripada JKM

ini ialah amanat daripada JKM...........

Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) ialah sebuah tempat untuk pemulihan anak-anak OKU dan IBU BAPA DILARANG UNTUK MENGAMBIL KESEMPATAN MENJADIKAN PDK SEBAGAI TEMPAT UNTUK MENDAPAT BANTUAN DARIPADA KERAJAAN....

IBU BAPA JUGA DILARANG UNTUK MENGAMBIL APA-APA SAHAJA BENTUK KESEMPATAN :

MISALNYA DENGAN TIDAK MENGHANTAR ANAK OKU KE PDK TETAPI MENGAMBIL WANG ELAUN ANAK OKU .....

INI ADALAH AMANAT DARIPADA PEGAWAI JKM.............

MISI LARIAN OBOR

MISI LARIAN OBOR akan diadakan seperti ketentuan berikut:

Anjuran bersama: JKM dan Kementerian Belia dan Sukan
Tempat : checkpoint no 8
Hadapan perhentian bas Kolej Yayasan Melaka
Masa: 8:00 pagi

Kehadiran: pengiring petugas Nurnadiah bt Othman
5 orang pelatih
a) Dahlia Md Noh
b) Aizam bin Yunus
c) Amin bin Omar
d) Fatin bin Azhar
e) Mohd Khidhir

Pakaian : lengkap berpakaian sukan baju sukan PDK Kg Pinang dan kasut sekolah


Diharap mendapat kerjasama daripada semua orang untuk menjayakan aktiviti ini

Tuesday, July 21, 2009

PENYERAHAN WANG PUNGUTAN YURAN PDK

PADA 21 Julai 2009, Bendahari PDK telah meminta agar aku menyerahkan semua wang kutipan yuran yang selama dipegang oleh cikgu pdk dan sekarang penyelia pdk...

Wang itulah digunakan untuk membeli alatan kebun, penyapu, mop, sabun pencuci tandas, alatan pembelajaran, alatan kraftangan, pen, pensil , warna, barangan kraftangan, makanan tambahan dll

photostat helaian latihan pemulihan, photostat borang, pembeliaan kertas buletin dan laporan aktiviti dll


TETAPI SEKARANG SETELAH DICOCOK OLEH PETUGAS PDK KG PINANG, IBU BAPA, AJK PDK YANG BERIJAZAH PHD IAITU PERASAAN HASAD DENGKI MENYEBABKAN DENGKI DAN MENGHASUT LALU MENYEBABKAN WANG PATTY CASH SUDAH TIDAK ADA LAGI DI TANGAN....


SELEPAS INI APA LAGI NAK JADI ....HAH TAK TAHULAH.................

PDK PDK PDK PDK APA NAK JADI DAH ???????????????????????????????????????????????

sukan olimpik

SUKAN OLIMPIK PDK PERINGKAT NEGERI MELAKA

Sukan Olimpik PDK telah diadakan di stadium Hang Jebat dan PDK Kg Pinang mendapat 3 emas, 3 perak dan 2 gangsa

tempat ke 4 dari 17 PDK Melaka


TAHNIAH UNTUK SEMUA PELATIH PDK YANG BERUSAHA UNTUK MEMPEROLEHI PINGAT WALAUPUN DISANGSIKAN KEUPAYAAN OLEH IBU BAPA DAN PETUGAS PDK......

Tuesday, July 07, 2009

LATIHAN PDKNET

Latihan PDknet telah diadakan di Hotel Seri Malayia:
pada: 8 Julai 2009
masa: 8:30 pagi hingga 5:00 petang

kandungan portal PDKnet
Forum PDKnet
Koswer PDKnet dengan menggunakan CD


Kehadiran: Puan Selama bt Dollah
Encik Songsang bin Hitam
Zaitun bt Songsang
Mohd Khidhir bin Kamarulzaman
Anis
Kamariah
Encik Osman
Petugas PDK Hurhidayah
Sapiah
Wan Noorazlinda
Napsiah
Pn Maina Chin

Wednesday, July 01, 2009

kuiz 2

Kuiz 2
Jawab semua soalan
PERINGATAN:Bagi setiap penyataan, pilih "A" atau "B". Jangan tanda pada ruang kosong di hadapan penyataan.


1. Adakah anda rasa sesuatu kekurangan dalam hidup? YaTidak
2. Adakah anda mempunyai cita-cita yang masih belum dicapai? YaTidak
3. Adakah anda rasa hidup anda penuh erti? YaTidak
4. Adakah anda berharap diberi lebih banyak tanggungjawab? YaTidak
5. Anda berasa bangga dengan pencapaian setakat ini. YaTidak
6. Adakah anda mempunyai bakat yang tidak digunakan sepenuhnya? YaTidak
7. Anda rasa masa depan anda penuh dengan harapan. YaTidak
8. Adakah anda melakukan apa yang anda idamkan ketika anda berumur 18 tahun? YaTidak
9. Adakah anda sering berasa bosan dan jemu? YaTidak
10. Anda rasa bosan sehingga ingin berteriak. YaTidak
11. Adakah perangai orang lain boleh mengiritasi anda? YaTidak
12. Adakah anda rasa ingin bergadul dengan orang lain? YaTidak
13. Orang yang kurang cekap dan slow mengganggu keberkesanan dan kesejahteraan anda. YaTidak
14. Anda orang yang sangat bersabar. YaTidak
15. Hubungan anda dengan kekasih dan ahli keluarga sangat baik. YaTidak

kuiz satu .... cubalah jawab

Kuiz 1
Jawab semua soalan dan klik "semak" untuk mendapati skor anda. Untuk mengetahui interpretasi skor anda, klik pada butang "penerangan".
PERINGATAN:Bagi setiap penyataan, pilih "A" atau "B". Jangan tanda pada ruang kosong di hadapan penyataan.

Top of Form
1. Adakah anda selalu menepati masa untuk temu janji? YaTidak
2. Adakah anda menganggap diri sendiri sebagai orang yang boleh dipercayai? YaTidak
3. Adakah anda menabung wang untuk masa hadapan? YaTidak
4. Sekiranya rakan anda melanggar undang-undang, anda akan melapor kepada pihak berkuasa. YaTidak
5. Jika tempat anda berkelah tidak disediakan tong sampah, anda akan bawa sampah anda pulang ke rumah. YaTidak
6. Adakah anda selalu bersenam untuk menjaga kesihatan diri? YaTidak
7. Anda suka makanan tak berkhasiat atau junk food. YaTidak
8. Anda menyelesaikan tugasan sebelum bersantai. YaTidak
9. Anda adakala terlepas daripada tanggungjawab membuang undi. YaTidak
10. Anda membalas surat yang diterima dalam masa 2 atau 3 hari. YaTidak
11. Anda percaya bahawa kerja yang harus dilakukan mestilah dilakukan dengan sebaik-baiknya. YaTidak
12. Anda akan pergi ke semua temu janji walaupun anda mungkin kurang sihat. YaTidak
13. Anda pernah menghadapi kesulitan dengan pihak berkuasa? YaTidak
14. Anda jarang menjadi ketua kelas atau pengawas ketika di sekolah. YaTidak
15. Pada zaman kanak-kanak, anda sering menolong membuat kerja-kerja di rumah YaTidak
Skor anda:
Bottom of Form

LATIHAN UJIBAKAT KELAB SENI

Latihan ujibakat telah diadakan di Kompleks Penyayang...


Namun malang sekali apabila yang hadir hanyalah:

1. Dahlia bt Mohd Noh
2. Zahirin
3. Mohd Zaidi


yang Amerol walaupun pihak kami telah menelefon ibunya tetapi kata bapa dan ibunya tidak dapat menghantar kerana jauh... katanya lagi jika hari ini dihantar minggu hadapan tak boleh.....

Kenapa jadi macam ini ..... kenapa anak normal boleh berkorban apa sahaja tetapi anak oku hai jangan cakap sedihnya .......


Apa nak buat ..... susah nak cakap lah .................

Monday, June 29, 2009

LATIHAN UJIBAKAT DALAM SENI DI PDK

Satu latihan diadakan di PDK Kg Pinang bagi menguji kemampuan pelatih PDK untuk menyertai Kelab PDK kelak...

Antara peserta yang terlibat ialah:
1. Amerol Zamberi
2. Dahlia
3. Nurhanani
4. Fatin Farhana
5. Nuraisyah ....


nak cari yang lain ada yang tak hadir jadi ini sajalah yang dapat ditunjulkan sebab ibu bapa sentiasa sibuk dengan kerja hinggakan masa untuk menghantar anak ke PDK jarang sekali ....

Perlu diingatkan sekali lagi ...ibu bapa dijemput menghantar anak mereka ke Kompleks Penyayang untuk diujibakat...
berilah mereka peluang ye

AUDITION UJIBAKAT UNTUK KELAB SENI BUDAYA PDK

MAKLUMAN BUAT PELATIH DAN IBU BAPA PDK;

SATU UJIBAKAT AKAN DIADAKAN PADA:
1 JULAI 2009
TEMPAT: STADIUM PENYAYANG, ALOR GAJAH

OBJEKTIF: UJI BAKAT DALAM TARIAN, BERCERITA, SAJAK, NYANYIAN, PERSEMBAHAN DAN LAIN-LAIN...

TUAN/PUAN DIJEMPUT UNTUK MEMBAWA ANAK TUAN/PUAN BAGI UJIBAKAT DI ATAS...

DIPERSILAKAN...


SEKIAN, TERIMA KASIH

Friday, June 19, 2009

MAKLUMAN SEMUA; AKTIVITI BAGI BULAN JUN 2009

AKTIVITI DIRANCANGKAN:

23 JUN 2009 LATIHAN SUKAN OLIMPIK DI STADIUM TUN FATIMAH BERSAMA PDK KEM SG UDANG DAN PDK BUKIT BARU
TEMPAT: STADIUM TUN FATIMAH
MASA; 830 PAGI

24 JUN 2009 MAJLIS SAMBUTAN HARI JADI PELATIH PDK
TEMPAT: PANTAI PUTERI

MASA: 900 PAGI

25 JUN 2009 MAJLIS MERAIKAN PEGAWAI KEBAJIKAN MASYARAKAT (PKMD)
EN AZHARI BIN DAUT
TEMPAT; HOTEL SERI MALAYSIA
MASA: 3 PETANG

30 JUN 2009 SEMINAR PDK NET
TEMPAT; DEWAN ZAMRUD TKT 2 PEJABAT TANAH
MASA; 800 PAGI - 1230 TENGAH HARI

AKTIVITI DI PDK



kursus di Johor Bahru


latihan poco-poco di PDK Teluk Mas

Lawatan kerja Pn Jaya ke Rumah Kelompok Durian Tunggal

aktiviti dijalankan sepanjang bulan Mac dan April 2009

Aktiviti dijalankan sepanjang bulan MAC dan APRIL 2009

Latihan PDK Net


Kursus Job Trainer di Bengkel Joy



Special Olimpic Trainer





kursus PDK Net





Kursus Penyeliaan Semai Bakti



Mesyuarat kali pertama PDK pada 19.4.2009

Aktiviti yang telah dijalankan sepanjang tahun 2009

Januari dan Februari





1. Hidroterapi di Kolam MBMB



2. lawatan petugas ke Bethany Home






3. Bengkel pemikiran kreatif dan kritis petugas PDK






4. Jom main layang-layang

Temuduga Petugas PDK

JKM akan mengadakan temuduga pada tarikh :

22 Jun 2009

Masa : 8:00 pagi

Tempat: JKM Melaka


PENGERUSI dijemput datang untuk mempengerusikan temuduga tersebut....

p/s: Di harapkan pilihlah yang terbaik ......

Soalan cepu mas:

1. Apakah itu PDK?

Jangan jawab PDK itu pendidikan khas kerana sekolah dan Pusat pemulihan tidak sama...

2. Apa itu pemulihan khas?

3. Bolehkah anda bekerja dengan kanak-kanak OKU dan melibatkan pekerjaan najis, air liur, kencing, muntah dan sebagainya...

4. Adakah anda ada kenderaaan?

sebab tugas petugas PDK ini perlu membuat lawatan ke rumah .

Kalau terpilih yang tiada kenderaan ...akan digunakan alasan tiada kenderaan untuk pergi ke sesuatu tempat ataupun membuat lawatan ke rumah seperti petugas yang ada sekarang...

5. Adakah anda ada latar agama..... sebab kerja ini juga perlu ada asas agama

6. Bolehkah anda menghormati ketua?

atau adakah anda ada masalah disiplin semasa bekerja dengan majikan terdahulu ....

7. Bolehkah anda jujur

8. Bolehkah anda mengikuti aturan dan arahan yang telah ditetapkan .....contoh jadual waktu pengajaran pembelajaran pemulihan

ini hanyalah koleksi cepu emas....


di haraplah PANEL PENEMUDUGA PILIHLAH REBUNG YANG MUDAH DIAJAR DAN MENGHORMATI KETUA DAN JANGAN PILIH BULUH YANG SUSAH DIAJAR, MELAWAN DAN SUKA MENGADU DOMBA ORANG LAIN .....

SUSAH NANTI UNTUK DILENTUR .........DAN MENDATANGKAN MASALAH PULA NANTI ....

Wednesday, June 17, 2009

USAHA, KERJASAMA, TINDAKAN DAN BERDOA

Saya hanya boleh merancang tetapi saya tahu jika merancang tanpa tindakan tidak berguna...Saya perlukan KERJASAMA YANG PADU daripada IBU BAPA, PETUGAS PDK, AJK PDK, AJK KOMUNITI, SYARIKAT DAN JABATAN KERJASAMA...


SAYA TAHU BERDOA HANYALAH 10 % DAN SELEBIHNYA 90 % ADALAH USAHA


BERIKANLAH KERJASAMA KALIAN UNTUK MEMAJUKAN PDK KG PINANG

PERANCANGAN BUAT PDK

PERANCANGAN

1. Mengindahkan lanskap PDK Kg Pinang ........ minta tolonglah sesiapa yang ada benih pokok bunga ...apa-apa sahaja SUMBANGLAH KE PDK KG PINANG

2. Memberi latihan kerja kepada pelatih PDK ...... minta tolonglah sesiapa sahaja atau mana-mana syarikat yang ada JAWATAN KOSONG APA SAHAJA GAJINYA ... BERIKANLAH PELUANG KEPADA PELATIH PDK UNTUK BEKERJA..

3. Kursus motivasi kepada PELATIH DAN IBU BAPA YANG BERMASALAH.... INI JKM AKAN URUSKAN ...DAN KALAU ADA MANA-MANA SYARIKAT BOLEH BERI KURSUS MOTIVASI PERCUMA DIALU-ALUKAN.

4. Mencari bapa angkat kepada PDK ...... minta tolong sesiapa sahaja atau mana-mana syarikat sanggup menjadi bapa angkat kepada PDK diALU-ALUKAN.

5. Menambahkan ALATAN PERMAINAN DAN PEMULIHAN KEPADA PELATIH PDK.....Mana-mana idividu atau syarikat yang prihatin dijemputlah untuk memberi SUMBANGAN PERMAINAN DAN ALATAN PEMULIHAN ATAUPUN SUMBER KEWANGAN DAN MAKANAN kepada pelatih PDK ini.......

Terpulanglah YANG PENTING IKHLAS DEMI ANAK-ANAK ISTIMEWA INI...


Jika berminat...silalah hubungi PDK Kg Pinang
Telefon 06- 3151605
Faks 06-3151605


Sumbangan ikhlas dipohon daripada tuan-tuan dan puan sekelian

Ahli Jawatankuasa PDK Kg Pinang




Mari kenali kami .... Ahli jawatankuasa PDK Kg Pinang






Pengerusi PDK
Tn Haji Abdul Aziz bin Majid

Setiausaha
Encik Razim b Muhammad

Bendahari
Haji Talib bin Murad

Ahli Jawatankuasa Komuniti
Mohd Hazuwan bin Mohammad




Ahli Jawatankuasa Ibu bapa

Maina Chin bt Abdus Sukur
Salmah bt Leman
Sariah bt Md Zin
Salmah bt Zaid
Noriah bt Rahmat
insyaallah saya akan masukkan gambar lagi ....sabar ye

petugas PDK Kg Pinang









Ini Petugas di PDK Kg Pinang.
Nama saya

Nurhidayah bt Wahit
Nurnadiah bt Othman
Wan Noor Azlinda bt Awang @ Wan Ghazali

Selamat berkenalan ... Ada kelapangan JEMPUTLAH DATANG KE PDK KG PINANG...
Bolehlah kita bertukar pandangan dalam pemulihan .............

PELATIH PDK KG PINANG


Nama saya:


Mohd Aizam bin Yunus. Umur saya 25 tahun
Zunairah bt abd Rahim. Umur saya 18 tahun. Ayah saya amat sayang saya.
Nur Anis bt Osman. Umur saya 8 tahun.
Nur Ain Huda bt Ismail . Umur saya : 3 tahun
Kami sedang khusyuk mendengar ceramah.
selamat berkenalan

PELATIH PDK KG PINANG


MARI KENALI PELATIH DI PDK KG PINANG


MOHD AIZAM DAN MOHD AZWAN



PALING CUTE DI PDK KG PINANG....SEKARANG NI DAH BEKERJA
AIZAM BEKERJA DI WARUNG MAKAN
AZWAN BERNIAGA DI HADAPAN RUMAH
SEBELUM BEKERJA ...ADA BUAT MAIN GAMES KOMPUTER BEKERJA DI RESTORAN DAN BUAT SIMULASI BEKERJA DI RESTORAN...TAK SANGKA PULA MINAT KERJA NI...

AKTIVITI PDK: JOM KITA KENAL HUTAN KITA


RANCANGAN AKTIVITI:

JOM KITA KENAL HUTAN KITA

TARIKH PERANCANGAN:

25 JUN 2009

KEHADIRAN :

SEMUA PELATIH PDK


TEMPAT:

HUTAN REKREASI AYER KEROH



PEMILIHAN ATHLIT UNTUK PERTANDINGAN SUKAN OLIMPIK



TARIKH UJIAN : 18 JUN 2009

KEHADIRAN WAJIB BAGI SETIAP ATHLIT

TEMPAT DI PDK KG PINANG




Nama saya Mohd Amin bin Omar. Saya berumur 20 tahun







Nama saya pula Mohd Zaidi bin Abu Hassan. Umur saya 12 tahun.
Kami pernah menyertai pertandingan untuk memasuki Sukan Olimpik tetapi tidak berjaya di peringkat tapisan. Terima kasih cikgu kerana memberi peluang kepada kami menunjukkan keupayaan kami.
Terima kasih sekali lagi.







HARAP MAKLUM

PERTANDINGAN SUKAN OLIMPIK PERINGKAT NEGERI MELAKA

PERTANDINGAN SUKAN OLIMPIK DIADAKAN PADA:

TARIKH: 29 DAN 19 HB JULAI 2009
TEMPAT: STADIUM TUN FATIMAH


KEHADIRAN SEMUA ATHLIT, PETUGAS , PENYELIA DAN IBU BAPA

BAGI PDK KG PINANG: KOD NO IALAH: KP 241 - KP 260

TAHAP UMUR: 8-15 TAHUN LELAKI DAN PEREMPUAN
16 TAHUN KE ATAS

ACARA DIPERTANDINGKAN:
BALAPAN
PADANG
BOLA SEPAK 8 ATHLIT BAGI 1 PASUKAN DAN 1 DAERAH 2 PASUKAN


PENYERTAAN DIHANTAR MELALUI E-MEL : jkmm_sp09@yahoo.com



TARIKH AKHIR IALAH 30 JUN 2009

PERTANDINGAN MENCIPTA SAJAK DAN TEMA LAGU PDK

MAKLUMAN

PERTANDINGAN MENCIPTA SAJAK PERINGKAT JKM PDK DAERAH MELAKA

JENIS:
1) SAJAK
2) LAGU PDK

TEMA: SATU MALAYSIA
MENGINTEGRASIKAN OKU DALAM MASYARAKAT DAN PERANAN PETUGAS DALAM MENCAPAI OBJEKTIF DI ATAS.

HADIAH : TEMPAT PERTAMA, KEDUA DAN KETIGA


PEGAWAI JKM, IBU BAPA, PENYELIA, PETUGAS DAN PELATIH PDK DIJEMPUT MENGHANTAR KARYA KEPADA JKM

TARIKH TUTUP: 30.6.2009
MASA OPERASI

Hari Masa Jenis Kecacatan

Isnin 8.00 pagi - 12.30 tengahari Pelatih OKU Akal
Selasa Pelatih OKU Akal
Rabu Pelatih OKU Anggota
Khamis 8.00 pagi - 12.30 tengahari Pelatih spastik


PUSAT
· 4 Hari Seminggu x 4 Jam
· Masa P&P mulai jam 8.00 pagi sehingga 12.30 Tengahari
· Hari Isnin Hingga Selasa Pelatih OKU Akal
· Hari Rabu Pelatih Anggota
· Hari Khamis Pelatih Spastik
· Masa Rehat Jam 10.30 - 11.00 Pagi

RUMAH
· 1 Hari Seminggu x 3 Jam
· Hari Isnin,Selasa, Rabu, Khamis Semua Jenis Kecacatan : Dilaksanakan sekiranya pelatih tidak hadir di Pusat Masa : dari jam 2:00 petang
· Hari Jumaat Semua Jenis Kecacatan : Dilaksanakan dalam dua kumpulan melibatkan sekurang-kurangnya 5 buah keluarga pelatih untuk satu kumpulaN
· Jam 8.30 lapor diri di Pusat dan lawatan ke rumah mulai jam 9.00 pagi

JADUAL WAKTU DI PDK KG PINANG

JADUAL WAKTU DI PDK KG PINANG

Hari Masa Aktiviti


Ahad, 8.00 – 8.30 : Perbualan PagiAktiviti KumpulanSenaman / Permainan Luar

Isnin, 8.45 – 9.15 Pengurusan Diri Sendiri / Perkembangan Sosial

Selasa 9.30 – 10.30 Muzik & Gerakan
Kemahiran Motor Halus /Kasar
Pendidikan Islam
MoralKraftangan
Melukis
Pra Menulis,
Mengira ,
Membaca
Pra vokasional
Latihan Pengurusan Diri
Latihan Domestik

10.30 – 11.00 Rehat & Makan

11.15 – 12.00 Aktiviti PenamatPesananRefleksiBerkemasSalam

Nota :
· Petugas/ tenaga pengajar boleh mengubahsuai aktiviti mengikut kretiviti dan penerimaan pelatih
Dikelolakan secara kumpulan pada hari Ahad, isnin dan Selasa ( Sekurang- kurangnya tiga jenis aktiviti dikelolakan setiap hari )

Sunday, April 19, 2009

GOTONG ROYONG BERSAMA BELIA 4B

AKTIVITI GOTONG ROYONG BERSAMA BELIA 4B

Tarikh: 25 April 2009

Masa: :9:00 pagi

Tempat: PDK Kg Pinang


Kehadiran : semua AJK, Petugas dan ibu bapa pelatih


Tuan Puan dijemput menghadiri aktiviti gotong royong ini untuk menceriakan dan mencantikkan PDK Kg Pinang

MESYUARAT KALI PERTAMA PDK KG PINANG

MESYUARAT KALI PERTAMA PDK KG PINANG

TEMPAT: DEWAN PDK KG PINANG

TARIKH: 19 APRIL 2009

MASA: 9:00 PAGI

KEHADIRAN: SEMUA AJK DAN IBU BAPA


TUAN-TUAN DAN PUAN - PUAN DIJEMPUT MENGHADIRI MESYUARAT TERSEUT

Sunday, February 22, 2009

MAKLUMAN 1

MAKLUMAN KEPADA SESIAPA YANG BERKENAAN....


LATIHAN PDK NET

TARIKH: 23- 24 FEBRUARI 2009

TEMPAT: AYER KEROH COUNTRY RESORT

MASA: 8:00 PAGI - 5:00 PETANG

KEHADIRAN: PENYELIA
3 ORANG PETUGAS PDK KG PINANG .... NURNADIAH, NORHIDAYAH, WAN NOR AZLINDA

Monday, February 16, 2009

Mari dekati kami di PDK Kg Pinang

PDK Kg Pinang adalah nama singkatan bagi PUSAT PEMULIHAN DALAM KOMUNITI KG PINANG

-motto PDK

menuju satu visi
Dari masyarakat kepada masyarakat untuk masyarakat


PDK Kg Pinang telah ditubuhkan pada tahun 1989 oleh sekumpulan ibubapa yg mempunyai anak kurang upaya dengan kerjasama dari KOMUNITI SETEMPAT dan JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT DAERAH MELAKA TENGAH.

kesungguhan untuk memberi pelajaran dan pemulihan kepada anak anak mereka terbayar apabila pusat PDK ini berjaya diwujudkan dengan menggunakan pendekatan pemulihan dalam komuniti


program pemulihan dalam komuniti ini dijalankan sepenuhnya oleh jawatankuasa PDK KG PINANG yang terdiri dari ibubapa pelajar, pemimpin masyarat dan sukarelawan/wati yang prihatin. PDK KG PINANG yang tidak mementingkan keuntungan tetapi berasaskan kepada kebajikan golongan OKU.


PDK KG PINANG beroperasi di sebuah rumah yang disewa terletak berhadapan dengan Sekolah Antarabangsa bermula dengan 20 orang pelajar jumlah pelajar semasa kini mencapai lebih 29 orang yang menerima berbagai perkhidmatan seperti kelas harian early intervation program, kelas harian latihan pemulihan vokasional dan selebihnya mengikuti kelas terapi mingguan untuk pemulihan anggota pemulihan pertuturan dan pemulihan carakerja


Lebih kurang 20% pengurusan kewangan didapati melalui geran tahunan dari jabatan kebajikan masyarakt dan selebihnya disumbangkan oleh ibu/bapa keluarga pelajar.


Saban tahun perbelanjaan pusat ini meningkat disebabkan oleh pertambahan jumlah pelajar yang menerima perkhidmatan pemulihan anggota pemulihan pertuturan dan pemulihan carakerja secara tidak langsung kekerapan kelas pemulihan ini perlu digandakan


Hasil gabungan idea pentadbiran PDK KG PINANG telah melancarkan satu program iaitu "HULURKAN BANTUAN" tujuannya ialah untuk mengumpul dana bagi meningkat program terapi mingguan kami menfokuskan:-


1)menambah jumlah sesi perkhidmatan pemulihan anggota pemilihan pertuturan dan terapi carakerja dengan ini kami meningkatkan jumlah pelajar yang mendapatkan perkhidmatan ini.


2) meningkatkan jumlah pelajar dan meningkatkan kualiti perkhidmatan yang akan menawarkan kualiti kehidupan yang terbaik untuk mereka


jika tuan/puan ikhlas dan prihatin serta berhasrat untuk menderma secara tunai/barangan sila hubungi Pentadbir PDK KG PINANG di 06-3151605 atau / email seperti yang tertera dibawah iaitu pdk_kgpinang@yahoo.com.my


jika tuan/puan ada pertanyaan sila hubungi kami dan kami menjemput tuan /puan untuk membuat lawatan ke pusat kami untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai pusat ini.


PDK KG PINANG (kelas kanak-kanak & remaja kurang upaya)
NO 8577 Jalan Pokok Asam
Kg Pinang
Batang Tiga
Melaka.
tel 06-3151605 faks 06-3151605
email pdk_kgpinang@yahoo.com.my

Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Kg Pinang

Aktiviti Kelas

Kelas dijalankan 4 hari seminggu iatu pada hari Isnin hingga Khamis bermula jam 8.30 pagi hingga 12.30 tengahari. Selain daripada mendapat latihan asas di kelas, lawatan ke rumah juga dibuat pada hari Jumaat dan semasa cuti.


Aktiviti Pembelajaran Pemulihan dan Kemahiran diberikan di pusat

1) kemahiran Pengurusan Diri
2) Pra bahasa dan komunikasi
3) Pra akademik
4) Pergaulan sosial
5) Moto kasar
6) Moto halus
7) Pengurusan Diri
8) Latihan domestik
9) Latihan vokasional
terkandung dalamnya ialah

Memahami arahan seperti membaca, menulis pra huruf dan mengira
Membuat lukisan dan kraftangan
Menjaga kebersihan diri (mandi, gosok gigi dll)
Komunikasi dan interaksi dengan orang lain (rakan, pekerja, dll)
Senaman dan muzik (Radio Kaset dan Muzik Video)
Permainan (baling bola,skipping dll )
Rekreasi

4 orang tenaga Petugas telah diberikan tanggungjawab untuk mengendalikan kelas PDK iaitu :

Cik Nurnadiah bt Othman bagi pelatih berusia 17 tahun ke atas
Pn Norhidayah bt Wahit bagi pelatih berusia 7 hingga 12 tahun
Pn Wan Nor Azlinda bt Awang @ Wan Ghazali bagi pelatih berusia 1 tahun hingga 7 tahun



Ahli Jawatankuasa PDK ialah :


Pengerusi : Tn. Hj. Abd Aziz bin Majid

Setiausaha : En Razin bin Mohammad

Bendahari : En Abd Talib bin Murad

Ahli Jawatankuasa peringkat komuniti

En Hafiz bin Hussein

En Mohd Nor bin Ismail

En Mokhtarudin bin Abu

Ahli Jawatankuasa peringkat ibu bapa

Pn Salmah bt Leman

Pn Salmah bt Zaid

Pn Maina Chin bt Abdus Shukur

Pn Noriah bt Rahmat

Pn Sariah bt Md Zain