Monday, August 31, 2009

pdk kg pinang sekarang


gambar pdk kg pinang yang terbaru ...


tuan-tuan puan yang sudi silalah bantu kami untuk memberi nafas baru lanskap PDK Kg Pinang
Kami amat-amat memerlukan Bantuan tuan-tuan puan budiman dari segi kewangan, peralatan dan sebagainya untuk membantu kami memajukan OKU dan memajukan PDK Kg Pinang

Monday, August 24, 2009

perbincangan bersama petugas untuk pembentangan PDK

satu perbincangan bersama petugas PDK Kg Pinang telah diadakan untuk tujuan pembentangan di JKM pada 14 September 2009.

Antara perkara perlu dibentangkan ialah:
a. kekuatan dan kelebihan .....................AJK
....................Penyelia
.....................petugas
.................... pelatih
.................... ibu bapa
.................... komuniti
...................... NGO
.................... badan swasta

b. kekuatan dan kelebihan bangunan PDK

c. kekatan kelebihan PDK (kejayaan yang boleh dibanggakan)

d. kelemahan

e. Strategi dan pelan tindakan

f. Cadangan / tindakan


hasil daripada perbincangan , petugas telah menyenaraikan perkara di bawah ini iaitu:

a. Nadiah Othman
1. AJK banyak membantu mencari dana untuk tabung PDK
2. AJK saling membantu dan terlibat penuh dalam program PDK
3. Bendahari banyak membantu dalam pengurusan PDK
4. Pengerusi seorang pegawai MBMB yang banyak membantu

Wan Noorazlinda bt Awang Ghazali
1. AJK,Pengerusi, Bendahari bekerjasama mencari dana
2. mudah berbincang dalam sesuatu masalah
3. saling tolong menolong dalam sesuatu aktiviti
4. menderma bagi barang dapur untuk pelatih

Napsiah Abdul Rahman

1. bersama-sama petugas bekerjasama dalam pelbagai perkara berkaitan PDK contohnya mencari dana


kekuatan dan kekurangan
1. mempunyai kawasan yang luas
2. tempat strategik dan terletak di tengah kelompok komuniti
3. mempunyai ruang yang mencukupi

1. PDK Kg pinang amat luas tetapi kekurangan bilik atau ruang yang diperlukan
2. pelatih PDK amat aktif dalam kesukanan
3. Ibu bapa mudah memberi kerjasama
4. 5 orang pelatih telah bekerja
5. mengadakan Majlis Hari jadi OKU setiap tahun

1. memasuki sekolah khas dan memajukan diri dan masa depan
2. kejayaan semasa suakn Olimpik

kejayaan PDK
1. menempatkan 5 orang pelatih bekerja
2. memenangi 8 pingat emas dalam sukan Olimpik
3. pernah mempunyai seniman yang boleh membaca sajah
4. membentuk seorang pelatih sebagai usahawan
5. menempatkan beberapa pelatih ke Pendidikan Khas


kelemahan
1. kurang sambutan dan kerjasama dalam program JKM
2. PDK tidak boleh diubah kerana tiada kebenaran daripada tuan rumah
3. tiada kerjasama daripada tuan rumah untuk membuat bumi hijau

1. kawasan tidak memuaskan penuh dengan pokok-pokok
2. Bangunan tidak menceriakan


pelan tindakan / strategik
1. memperbanyak carian pekerjaan untuk pelatih PDK
2. memohon kerjasama daripada ibu bapa

1. mengadakan mesyuarat untuk berbincang tentang hak-hal PDK
2. mengadakan beberapa aktiviti seperti bergotong royong atau majlis tertentu

1. memberi peluang kepada pelatih PDK untuk memperbaiki diri mereka
2. bergaul dengan kawan-kawan supaya dapat membuka minda mereka


cadangan dan tindakan
1. mendapat nasihat pakar terapi
2. mendapat nasihat daripada JKM

1. membesarkan PDK untuk keselesaan pelatih untuk belajar dan menyesuaiakan diri



ini adalah sebahagiaan daripada hasil perbincangan dan cadangan daripada petugas belum lagi termasuk perahan minda daripada saya



jumpa lagi di keluaran akan datang

Permohonan sumbangan pokok bunga daripada Jabatan Pertanian Sg Udang

Hari ini mulalah telefon jabatan kerajaan misalnya Majlis Perbandaran Melaka dan Jabatan Pertaniaan untuk memohon sumbangan pokok bunga.

Tujuannya untuk hiasan lanskap PDK yang kelihatan muram dan sedih.

Alhamdulillah dapat juga sumbangan daripada Jabatan Pertaniaan Sg Udang untuk pokok hiasan lanskap PDK Kg Pinang.
Walaupun setiausaha kami daripada Jabatan Pertaniaan Alor Gajah tetapi malangnya hingga ke hari ini senyap aje permohonan pokok herba seperti yang dijanjikan walaupun dah diajukan daripada tahun 2008 bulan 8.

alhamdulillah Jabatan Pertanian Pulau Gadong dah berikan pokok herba yang diminta.

terimbas kembali peristiwa tentang persetujuan setiausaha PDK. Wang ya wang memang memainkan peranan sebab dengan wanglah adanya persetujuan daripada setiausaha PDK dan tiada wang senyap aje............jawapannya ye pun bukan tidak pun bukan .....


ah ye PDk ialah kebajikan jadi bezakanlah antara keuntungan dan kebajikan......

Wednesday, August 05, 2009

MAJLIS BERSAMA MENTERI

Majlis bersama menteri akan diadakan seperti ketentuan di bawah ini:

tarikh: 9 Ogos 2009
Hari Ahad
Tempat: Rimba Park , Taman Tasik Utama , Ayer Keroh Melaka
Masa: 8:30 pagi - 5:30 petang

pelatih PDK yang terlibat:
1. Fatin Farhana
2. Nursyuhadah
3. Nur Anis Osman
4. Nurhanani
5. M Aizam yunus
6. M Fitri
7. M Amin
8. Nur Ain Huda
9. Zaiton songsang
10. M Amerol Zamberi

petugas:
1 Wan Norazlinda bt Awang @ Wan Ghazali
2. Napsiah bt Abdul Rahman
3. Penyelia
4. Nurnadiah bt Othman
5. Norhidayah bt Wahit (bersalin)

Diharap mendapat kerjasama daripada kalian dan menunaikan janji setelah kalian berjanji untuk pergi menghadiri majlis bersama menteri ini setelah Penyelia menelefon pada 4 Ogos jam 1030 malam.

sekian terima kasih.

latihan sukan olimpik di pantai puteri







aktiviti pdk kg pinang




seminar PDK net

Monday, August 03, 2009

amanat daripada JKM

ini ialah amanat daripada JKM...........

Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) ialah sebuah tempat untuk pemulihan anak-anak OKU dan IBU BAPA DILARANG UNTUK MENGAMBIL KESEMPATAN MENJADIKAN PDK SEBAGAI TEMPAT UNTUK MENDAPAT BANTUAN DARIPADA KERAJAAN....

IBU BAPA JUGA DILARANG UNTUK MENGAMBIL APA-APA SAHAJA BENTUK KESEMPATAN :

MISALNYA DENGAN TIDAK MENGHANTAR ANAK OKU KE PDK TETAPI MENGAMBIL WANG ELAUN ANAK OKU .....

INI ADALAH AMANAT DARIPADA PEGAWAI JKM.............

MISI LARIAN OBOR

MISI LARIAN OBOR akan diadakan seperti ketentuan berikut:

Anjuran bersama: JKM dan Kementerian Belia dan Sukan
Tempat : checkpoint no 8
Hadapan perhentian bas Kolej Yayasan Melaka
Masa: 8:00 pagi

Kehadiran: pengiring petugas Nurnadiah bt Othman
5 orang pelatih
a) Dahlia Md Noh
b) Aizam bin Yunus
c) Amin bin Omar
d) Fatin bin Azhar
e) Mohd Khidhir

Pakaian : lengkap berpakaian sukan baju sukan PDK Kg Pinang dan kasut sekolah


Diharap mendapat kerjasama daripada semua orang untuk menjayakan aktiviti ini